Semoga Berjaya

~Bismillah~

Hari ni 9 Oktober 2012..
Hari ni adalah hari pertama peperiksaan PMR..

Masuk tahun ni sudah 9 tahun aku tinggalkan peperiksaan ni.
Ucapanku kepada semua pelajar yang menduduki PMR, buat yang terbaik dalam peperiksaan ini.

Banyakkan berdoa kepada Allah, jangan lupa minta restu daripada ibubapa dan guru-guru.
Ketika di dewan peperiksaan, jangan berbincang dengan kawan2 lagi, fokus pada subjek pada hari tersebut, dan ketika menanti soalan banyakkan selawat, minta di permudahkan segalanya oleh ALLAH yang Maha Mendengar doa setiap hambanya yang meminta dengan hati yang ikhlas, Insya-allah.. 
Lagi satu, jangan lupa bawa air ya untuk elakkan rasa mengantuk ketika menjawab soalan nanti. 

Selepas peperiksaan, banyakkan doa agar hati para pemeriksa dilembutkan dan memberi markah yang baik selaras dengan usaha anda selama ini.

Ingat ya, PMR bakal menjadi penentu bagi hala tuju seorang pelajar untuk menentukan masa depannya sama ada mendapat tempat di aliran sains tulen, aliran sastera ataupun aliran perakaunan ketika di tingkatan 4 nanti. 

Semoga berjaya. 
Berjuaanglah habis-habisan sedaya yang mampu.
 Berilah dirimu kejayaan...
Berilah ibubapa dan guru2mu satu kejayaan yang cemerlang, amin.


Faiza azamta fatawakkal 'alallah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin.

Maksudnya; Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.
(Ali-Imran: 159)

Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE