Petang BERSAMA

~Bismillah~

Hari ni 12 Oktober bersamaan hari Jumaat..
Hari Jumaat ni banyak keistimewaannya..
Antaranya ialah hari Jumaat ni merupakan penghulu segala hari..
Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari rahmat, Insya-allah bilamana kita berdoa kepada Allah, Allah pasti akan makbulkannya.. Jadi, jangan lupa banyakkan berdoa ya.

Kali ni aku nak cerita sedikit tentang aktiviti hari ni..
Aktiviti bersama en. suami tersayang..=)
Macam biasa, setiap pagi sampai tengahari semua guru pagi dan petang akan ke sekolah untuk aktiviti guru sempena PMR..
Manakala waktu petang aku akan ke sekolah untuk siapkan projek KH tingkatan 2.
Macam biasa pukul 2 lebih en. suami yang akan tolong hantar ke sekolah, tapi hari ni suami ke sekolah sama untuk ambil gambar bagi pelupusan aset..
Dekat pukul 4 macam tu en. suami ajak keluar untuk temankan dia g gunting rambut..
Tapi sebelum gunting rambut, aku teman suami p bayar keta dulu kat Maybank guna IGB.

Sampai kedai gunting, ada 2 orang customer, jadi duduklah sembang dengan suami sementara menunggu giliran.. Malam ni en. suami akan g sekolah sebab pelajar tingkatan 6 rendah ada perkhemahan, jadi suami kata malam ni x payah masak, nanti dia akan tolong tapaukan. Masa tulis entri ni, suami dah pun ke sekolah, dan suami sudah belikan bihun tomyam dan air kelapa susu, nyam2x.

Lepas siap kami lalu kedai 3 huruf, apa lagi teringat 'hutang' yang dah beberapa hari xsempat nak beli iaitu KFC zinger Double.. =) Aku dan suami beli dua burger. (tersenyum sampai ke telinga). Kami tapau ja sebab cadang nak makan di rumah.

Akhirnya...dapat juga rasa.

Tapi masa on the way balik, suami singgah kat esplanade. En. suami kata kita rehat2 dulu kat sini. Ya Allah..bestnya dapat tenangkan fikiran jap daripada kerja2 sekolah.







Ini model zinger burger yang baru 
dengan gaya rambut baru =p

Lepas sembang2 jap, kami pun balik. Lagipun bagi suami rehat sebelum berjaga pula malam ni. Lepas ni, aku nak p makan dulu, terpaksalah makan sorang2. Huhu..

Menu malam ni, tomyam seafood



Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE