Doa

Bismillah.. 

Doa...

Apa itu doa? 
(Macam tanya anak muridlah pula..=])

Doa bermaksud memohon sesuatu kepada ALLAH yang diharuskan oleh syarak.

Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang satu doa.

Doa memulakan sesuatu pekerjaan yang berat.

Insya-allah yang penting kita berdoa dan berharap hanya pada ALLAH Tuhan sekalian alam.

Sesungguhnya sebagai hamba yang lemah, doa adalah tanda kita mengharapkan pertolongan dan keredhaan daripada ALLAh SWT diatas setiap perkara dalam kehidupan kita di dunia ini.

Dan yang paling penting, kita kena yakin Allah Maha Mendengar setiap apa yang kita mohon padaNya..


Maksudnya:

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakkal kepada Allah.
Aku berpegang teguh kepada Allah dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.
Cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakkal.
Tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.
Amin ya Allah... 


Doa ni aku amal sebelum pergi sekolah, iyalah menjadi seorang guru bukannya satu perkara yang mudah. Banyak kerja yang perlu dibuat selain kena berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai ragam yang kadang-kadang boleh menggugat iman dihati. Sejujurnya, kadang-kadang aku rasa 'kecil' bila berhadapan dengan pelajar yang kurang ajar terhadap guru2nya. Ya Allah.. bantulah hambaMu ini untuk menjadi insan yang sentiasa kuat untuk menghadapi setiap dugaan ketika berada di sekolah mahupun diluar sekolah. Amin ya Allah.

Oh ya, teringat masa belajar kat universiti dulu, doa inilah aku dan kawan2 selalu baca, terutamanya masa nak pergi dewan peperiksaan.. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Syukur ya Allah di atas segala nikmatMu kepada diri ini dan kepada semua saudara semuslimku di dunia ini. Insya-allah yang baik sama-samalah kita aplikasikan dalam kehidupan ini, jadikanlah ISLAM sebagai cara hidup kita. Hidup ni terlalu indah jika kira meletakkan ALLAH melebihi segala-galanya.. Allahuakhbar3x.



Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE