Pergi dan datang...

~Bismillah~

Segala pujian hanya pada ALLAH SWT yang memerintah seluruh alam ini.
Syukur ya ALLAH, Engkau masih memberi diri ini kesempatan untuk menghirup setiap udara di dunia ini tanda sifatMu yang Maha Pemurah kepada semua umat manusia di dunia ini. Syukur ya Allah aku masih bernafas, aku masih boleh membuat kerja seperti dulu, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH, sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak dan sebagai seorang cikgu.

.:Selamat datang tahun 2013 dan selamat tinggal 2012:.

Tahun 2012 aku menjadi suri buat suamiku walaupun kami kenal cuma 3 bulan semasa aku menjadi guru interim dulu. Perancangan ALLAH.. Dari Tuaran aku dihantar ke Kudat untuk menjadi guru interim. Pada mulanya aku tak mahu pergi sebab jauh, tapi DIA telah mengatur segala2-NYA. Sangat hebat perancanganMu ya Allah..tiada siapa tahu apa yang berlaku. Tapi semuanya dalam Pemerhatian ALLAH yang Maha Melihat diri kita.

Iya..Bercinta selepas kahwin.. Berkenalan tidak lama, tapi Allah sandarkan perancangan DIA kepada mamaku untuk menjadi orang tengah. Walaupun banyak dugaan yang mendatang tapi kalau Allah sudah catatkan di Luh Mahfuz dia sebagai jodohmu, pasti tidak akan kemana, pasti dia akan jadi milikmu juga dengan ikatan yang halal. Tapi, seandainya dia bukan jodohMu, pasti..dia tetap tidak akan menjadi milikmu walau sudah lama bercinta.Ya Allah..Semoga baitulmuslim yang dibina ini sentiasa terpelihara dalam jagaanMU dari sebarang fitnah dunia.

Ya Allah..satukanlah hatiku dan hati suamiku dalam cahaya cintaMU

Tahun 2012 juga, aku hampir menjadi seorang "ummi", bulan Mac 2013 adalah hari yang sepatutnya aku bergelar "ummi" tapi..ALLAH cuma pinjamkan "Dia" sekejap dirahimku ini. Mungkin ALLAH punya perancanganNya yang sendiri.. Iya..ALLAH ingin menguji hati2 ini.. ALLAH ingin melihat sejauh mana hati ini kuat dalam menghadapi ujianNya... ALLAH... Walaupun hati ini selalunya lemah, terlalu lemah dan hanya air mata yang mampu mengalir ketika teringat akan "Dia" tapi aku yakin.. ALLAH pasti punya rancanganNya sendiri untuk diriku dan suami. Janji ALLAH.. bersama kesulitan pasti ada kemudahan.


Jiwa kecilku berbicara..apa jaminan yang ada dengan kita hari ni, pasti esok dengan kita juga?
Tiada...kerana semuanya pinjaman ALLAH sahaja


Semoga tahun 2013 yang bakal dilalui nanti lebih mendidik diri ini untuk bersifat sabar dalam kepayahan dan sabar dalam kesenangan. Kerana kedua2nya ujian daripada ALLAH. Semoga kehidupan kita semua lebih baik dari sebelum ini. Muhasabah buat diriku..mujahadalah diri walaupun ia pahit kerana syurga yang kita damba adalah manis..


Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE